Sunday, 4 December 2011

Kajian Tindakan Jawi tahun 3

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


ISI KANDUNGAN                                                                                          HALAMAN

Penghargaan                                                                                                      9
Abstrak                                                                                                               10
1.0  Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu                                                11
2.0  Fokus Kajian /Isu Keperihatinan                                                               11 - 12
3.0  Objektif Kajian                                                                                              12
4.0  Kumpulan Sasaran                                                                                        12
5.0  Tindakan yang dicadangkan :                                                                     
5.1  Tinjauan Masalah                                                                                13
5.2  Analisis Tinjauan Masalah                                                                  13
5.3  Melaksanakan Tindakan                                                                 13 - 17
5.4  Penilaian                                                                                              17
5.5  Refleksi Kajian                                                                                     17
6.0  Cadangan untuk kajian seterusnya                                                              17 - 18
7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian                                                                             18
8.0 Rujukan                                                                                                            18
9.0 Lampiran                                                                                                       19 - 20                                














PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur  kepada hadrat ilahi kerana dapat  menyiapkan kajian tindakan   mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga hasilan kajian tindakan ini menjadi titik tolak kepada saya untuk melaksanakan lebih kajian tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu P&P khususnya.

Pendidikan adalah sebahagian agenda penting Negara. Khususnya dalam usaha menjana pembangunan, meningkatkan martabat dan maruah Negara, mewujudkan keadilan sosial serta menentukan hala tuju generasi akan datang. Untuk merealisasikan objektif tersebut, sewajarnyalah guru bergerak cergas dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah sewaktu P&P dengan mengadakan kajian tindakan .

Dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, guru seharusnya sentiasa ingat tentang matlamat melahirkan pelajar yang seimbang serta harmonis. Dalam hal ini, tujuan pendidikan di Malaysia juga adalah untuk menerapkan nilai moral dan rohani kea rah pembentukan individu yang menyeluruh. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid secara aktif dan memainkan peranan penting dalam semua aktiviti sekolah kearah melahirkan modal insan cemerlang yang menjadi aspirasi Negara. Semoga dengan kajian tindakan ini  hala tuju pendidikan kea rah mencapai kegemilangan pendidikan bertaraf dunia dapat dijayakan.











MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN JAWI MELALUI PROGRAM
 “BIJAK JAWI”

Pn. Faizah binti Haji Ahmad

SK. Dato’ Panglima Kinta, Jalan Tun Perak, 30200 Ipoh ,Perak.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kefahaman murid tahun 3 terhadap ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab. Seramai 25 orang pelajar tahun 3 , SK. Dato’ Panglima Kinta  , Ipoh dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal dan latihan harian. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab kerana perkataan pinjaman ini tidak dieja mengikut suku kata sebagaimana perkataan-perkataan jawi yang lain. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab dan membezakan perkataan pinjaman dan bukan perkataan pinjaman.

Teknik ‘Bijak Jawi’ – murid telah didedahkan kepada teknik ‘Bijak Jawi’ selama 60 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu . Keputusan ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati dan dapat membezakan perkataan pinjaman bahasa Arab dan seronok belajar jawi terutama di bawah tajuk perkataan pinjaman bahasa Arab melalui teknik   ‘Bijak Jawi’.














1.0       REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

     Sepanjang menjadi guru matapelajaran Jawi , saya dapati masalah utama pelajar tidak dapat markah penuh dalam mata pelajaran Jawi ialah ketidakmahiran mereka menjawab perkataan pinjman dalam bahasa arab dan bahawa Inggeris.Walaupun soalan in hanya melibatkan 40 markah tetapi kebanyakan pelajar tidak menjawab dengan lengkap soalan tersebut, malah terdapat pelajar yang tidak menjawab langsung.Ramai pelajar yang menjawikan  perkataan pinjaman mengikut kaedah ejaan jawi sedangkan perkataan pinjaman tidak boleh dieja dengan kaedah ejaan jawi tapi dikekalkan ejaan pinjaman tersebut. Justeru itu  pelajar sukar mendapat markah A dalam matapelajaran Jawi. Implikasinya peratus pelajar yang mendapat A dalam PKSR Matapelajaran Jawi masih kurang.
     Berdasarkan perbualan dengan guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Jawi tahun 3 ,mereka juga menghadapi masalah yang sama. Pelajar akan meninggalkan soalan bahagian ejaan jawi pinjaman bahasa Arab atau Inggeris atau memberikan jawapa yang tidak betul ejaannya.Pelbagai alasan yang mereka berikan contohnya , “….susah la ustazah”, “tak tau la….!”, tak reti  ustazah!” dan sebagainya .Ekoran daripada masalah itu, kadang-kadang saya menjadi keliru dengan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran saya.
     Selain dari itu, saya juga risau dengan pandangan  sesetengah pihak termasuk murid  dan ibu bapa sendiri yang masih menganggap mata pelajaran Jawi adalah senang sedangkan ada murid yang masih tidak dapat menguasai ejaan jawi kerana tidak mengenali huruf jawi.Berdasarkan  beberapa faktor di atas,  saya rasa terpanggil untuk membaiki keadaan ini dengan melaksanakan Kajian Tindakan menggunakan Program yang saya namakan “Bijak Jawi”.

2.0       ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

(a)       Pelajar yang sering tidak menjawab langsung soalan jawi PKSR bahagian ejaan pinjaman .
(b)       Pelajar yang sering menjawab tetapi tidak betul.
(c)       Pelajar yang kurang keyakinan diri semasa menjawab soalan ujian dan peperiksaan.


Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara menjawab soalan matapelajaran jawi bahagian ejaan perkataan pinjaman mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Kajian ini penting bagi menggalakkan murid dari tahun 3 yang menjawab matapelajaran jawi agar sentiasa berkeyakinan tinggi ketika menjawab soalan tersebut dan seterusnya mendapat markah penuh dan melayakkan mereka mendapat gred A.

3.0       OBJEKTIF KAJIAN

3.1       Objektif Umum :

Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan pelajar tahun 3 dapat menjawab soalan matapeajaran Jawi dengan lengkap dan mendapat markah maksimum atau 35 hingga 40.

3.2       Objektif Khusus :
(a)       Mengelakkan pelajar yang tidak menjawab langsung soalan jawi bahagian ejaan perkataan pinjaman .
(b)       Mengurangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan tidak lengkap soalan tersebut.
(c)       Membantu murid meningkatkan daya usaha untuk menjawab semua soalan dengan betul.
(d)       Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas supaya lebih aktif semasa sesi perbincangan atau P&P terutama aktiviti ejaan jawi bahagian perkataan pinjaman .
(e)       Mengubah sikap pelajar bahawa ejaan jawi adalah senang.

4.0       KUMPULAN SASARAN

     Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar tahun 3. Sampel ini terdiri daripada 17 orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki. Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua pelajar tahun 3 bagi membolehkan semua murid menikmati insentif ini dan dapat menunjukkan hasil sebagaimana yang diharapkan.






5.0       TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1       Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut :
·           Ujian khas membina soalan daripada jawapan yang disediakan.
·           Latihtubi menjawab soalan 4, bahagian B matapelajaran jawi.
·           Ujian lisan berasaskan sekolah bagi mengesan ejaan pelajar.

5.2       Analisa Tinjauan Masalah
Keputusan akhir tahun 2010
1.    Murid yang lulus menjawab soalan bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab adalah 10% sahaja dan markah yang diperolehi adalah rendah. Diandaikan mereka hanya meneka jawapan yang diberi.
2.    Jawapan murid pada soalan tersebut menunjukkan  murid-murid lemah pada mengenal perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak boleh mengeja perkataan pinjaman tersebut.
3.    10% murid pula tidak dapat menyambung huruf kerana tidak mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung sebelum dan selepas.

5.3       Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1 : Program Kamus Ejaan Jawi

Cara Pelaksanaan :

·           Guru menyediakan  5 perkataan pinjaman bahasa Arab sehari yang di ambil daripada buku  teks yang dipelajari dan menjadikannya kamus.
·           Lima ejaan pinjaman bahasa Arab  akan ditulis oleh guru dipapan kenyataan pada setiap hari dan murid diminta menyalin lima ejaan pada setiap hari iaitu setiap hari isnin –jumaat.
·           Pelajar  akan  menghafal ejaan tersebut dan akan ditasmik bacaannya oleh guru pada keesokan harinya. Sebelum itu pelajar dikehendaki ditasmik terlebih dahulu oleh ibubapa mereka di rumah.
·           Pelajar juga boleh juga meminta pelajar lain untuk mentasmik bacaan mereka .
·           Setiap kali ditasmik samada oleh ibubapa/rakan/guru tandatangan mestilah di dapatkan apabila pelajar berjaya atau gagal ditasmik sebagai bahan bukti.
·           Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar sebelum memulakan kelas dengan mengadakan tasmik / ‘spelling’  setiap kali waktu pelajaran jawi (satu masa pada setiap minggu).
·           Guru juga akan mengadakan permainan kuiz berpasangan , iaitu murid akan menyoal ejaan yang telah dipelajari kepada rakan secara berpasangan dan ditulis markah . Permainan ini boleh diadakan ketika  P&P matapelajaran jawi atau sebagai pengayaan dan aktiviti waktu terluang seperti waktu rehat  dan waktu balik.

Pemerhatian

         Saya merasa sungguh gembira apabila aktiviti 1 mendapat sambutan yang memberangsangkan  oleh pelajar. Semua murid bersungguh-sungguh untuk mengambil bahagian dan sokongan daripada pihak ibubapa juga memberangsangkan  dimana 20 daripada 25 pelajar telah disemak ejaan mereka secara lengkap oleh ibubapa masing-masing. Perkataan pinjaman yang diberi susah untuk mereka mengingatinya pada peringkat permulaan, tetapi akhirnya mereka meminta untuk ditambah perkataan iaitu lebih daripada 5 perkataan sehari.

Refleksi
        Hasil daripada aktiviti 1 didapati murid dapat menguasai ejaan tanpa dipengaruhi ejaan jawi mengikut suku kata. Hasil program ini juga didapati markah bagi mengenal perkataan pinjaman meningkat dan murid dapat membezakan antara ejaan pinjaman bahasa Arab, Inggeris dan bukan pinjaman.






Aktiviti 2 : Pogram  bijak kamus.

Cara Pelaksanaan ;

·         Setelah pelajar dapat mengeja perkataan yang diberi pelajar diminta untuk mengingati cara menulis perkataan tersebut . Penekanan diberikan cara menyambung perkataan dengan memberi  penekanan jenis huruf yang boleh disambung dan huruf yang tidak boleh disambung.
·           Pelajar diajar cara-cara mencatat dan mengeja iaitu mencatat perkataan yang bersambung dan perkataan yang bercerai .
·           Latih tubi menulis  ejaan dalam masa satu hari dan mengingati perkataan yang bersambung.
·           Latih tubi menulis perkataan yang telah dieja iaitu menulis perkataan yang bersambung tanpa melihat ejaan tersebut.
·           Aktiviti ini memerlukan sebuah lagi buku , walau bagaimanapun murid boleh meggunakan buku pada aktiviti 1 untuk menjimatkan kos dan buku tersebut akan  disemak oleh guru.
·           Murid juga boleh menjalankan aktiviti meneka ejaan dan tulis bersama pelajar lain.

Pemerhatian
         Buku akan diberi kepada setiap murid untuk dijadikan kamus didapati digunakan dengan sepenuhnya. Buku itu juga dijadikan oleh mereka sebagai buku latihan menulis setelah mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab yang telah diberi.
       Ada murid menyediakan buku khas untuk mereka menjalankan latihan ejaan yang telah  
 diberi. Setelah mereka menguasai menulis didapati mereka dapat menyebut ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab dengan baik.

Refleksi
      Saya sangat gembira apabila didapati murid bersemangat berlumba-lumba dengan rakan mereka  untuk memperbanyakkan ejaan dan seterusnya dapat menulis ejaan tersebut. Mereka juga menggunakan waktu terluang mereka dengan menguji minda sesame rakan mereka mengenai ejaan yang diberi. Pertandingan berpasangan banyak membantu mereka untuk lebih berusaha.
      Bagi murid yang kurang mendapat mengeja kerana masalah tidak mengenal huruf , mereka akan diberi tumpuan istimewa oleh guru iaitu mereka akan berjumpa guru pada setiap pagi (sebelum P&P) untuk diberi bimbingan.

            Aktiviti 3 : Program “Bijak Jawi”

Cara Pelaksanaan :
·         Setelah aktiviti 1 dan 2 telah diikuti oleh murid, aktiviti 3 akan dijalankan oleh guru.
·           Guru mengumpulkan soalan – soalan yang berkaitan untuk diedarkan kepada pelajar.
·           25 orang pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan berpotensi.
·           Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan mengikut format masa sebenar dalam kertas peperiksaan.
·           Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan .
·           Jawapan pelajar dianalisis dan disemak oleh guru dengan serta-merta dengan cara membuat perbincangan bersama pelajar.

Pemerhatian

            Setelah soalan diedarkan kepada mereka, didapati mereka bersemangat untuk menjawab . Mereka juga dapat menjawab soalan tanpa mengambil masa yang lama .
Didapati mereka betul-betul memahami soalan yang diberikan kepada mereka dan dapat menjawabnya dengan penuh yakin.

Refleksi
             Selepas mereka menjawab soalan , didapati mereka lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan bagi perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak lagi keliru dengan kaedah ejaan tulisan jawi yang bukan perkataan pinjaman.
            Walau bagaimanapun masih ada yang salah cara menyambung ayat tapi dapat menyebut perkataan pinjaman dengan baik. Ini adalah kerana mereka pada asalnya masih belum mengenal huruf-huruf jawi dengan baik.Kumpulan murid ini akan diberi bimbingan pemulihan dan diadakan aktiviti yang serupa secara pengulangan apabila mereka telah menguasai dan mengenali semua huruf jawi.
        Apabila disemak didapati bilangan murid yang mendapat kelulusan adalah menggalakkan berbanding sebelum ini iaitu 23 daripada 25 orang murid telah dapat menjawab soalan pinjaman bahasa Arab tanpa gagal dan  manakala 12 orang daripadanya  didapati cemerlang      

5.4       Penilaian
      Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf.
Kerja tulis mereka diperiksa supaya mereka dapat menguasai kemahiran menyambung huruf dan memantau  kekemasan tulisan  dan tulisan boleh dibaca. Di dalam peperiksaan tidak ada yang mendapat  ‘E’ , tetapi masih ada yang mendapat  ‘D’ tetapi boleh diperbaiki . Kerja menulis murid mulai kemas dan dapat menyiapkan kerja dengan cepat.

5.5       Refleksi Kajian
Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah focus kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian. Saya berasa gembira kerana 23 orang murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E manakala bakinya mendapat D iaitu mendapat 35 dan 38 markah.Keberangkalian untuk penambahan lulus adalah tinggi.


6.0       CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

      Berdasarkan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapatkan markah bagi bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab . Ini turut membantu peningkatan markah bagi matapelajaran Jawi . Aspek pemasalahan yang lain adalah merangkumi kemahiran menyambung huruf menjadi perkataan. Kemahiran ini harus ditekankan dan diberi masa yang lebih lama untuk menjalankan aktiviti tersebut. Untuk menjalankan aktiviti ini dengan lebih berkesan dicadangkan diadakan kelas tambahan seperti sebelah pagi (sebelum P&P) atau waktu balik (selepas P&P).Ini kerana masa untuk  matapelajaran Jawi hanya 1 waktu seminggu. Masa yang tidak mencukupi menyebabkan proses menjalankan aktiviti kurang lancar.
     Pada peringkat awal aktiviti,  guru  terpaksa mengingatkan murid untuk menyalin perkataan yang ditulis dipapan kenyataan. Ada murid yang tidak menyalin dengan alasan lupa dan murid ini telah diberi amaran dan denda. Denda yang saya gunakan adalah dengan menyuruhnya menyalin satu muka surat setiap satu perkataan dan mengingat perkataan tersebut . Masanya adalah selepas P&P, murid ini dipanggil dan diberitahu kepada ibubapa untuk lambat  mengambil pelajar tersebut. Responnya selepas itu tiada lagi pelajar yang tidak menyalin , mereka pasti menyalin di papan kenyataan atau menyalinnya dengan kawan mereka.

7.0        JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


Bil.
Aktiviti
Tempoh / Tarikh pelaksanaan
1.
Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal
28 April 2011
2.
Menulis kertas cadangan / proposal kajian
04 Mei 2011
3.
Merancang tindakan – (individu / panitia)
11 Mei 2011
4.
Melaksanakan tindakan – aktiviti 1
18 Me 2011
5.
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
22 Mei 2011
6.
Melaksanakan tindakan – aktiviti 2
15 Jun 2011
7.
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
8 April 2011
8.
Menulis Proposal Kajian
22 Oktober 2011
9.
Merancang tindakan – (individu / panitia)
11 Mei 2011
10.
Melaksanakan tindakan – aktiviti 1
18 Mei 2011
11.
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
2 Mei 2011
12.
Melaksanakan tindakan – aktiviti 2
15Jun 2010
13.
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
22 Jun 2011
14.
Melaksanakan tindakan – aktiviti 3
18 Jun 2011



BIBLIOGRAFI

Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Lee Soon Guan et. Al (2006) Matra keluaran kedua , Jabatan Pendidikan Kedah.

Sektor Pengurusan Akademik. 2008. Koleksi Laporan Kajian Tindakan  2008(TUNTAS).Kedah: Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.





LAMPIRAN 1 : Contoh buku kamus jawi yang dibina


˜ÌJ¿BmjI ÆÕBVÍA
ÐAj†jI ÆÕBVÍA
ÌÍÝ¿ pBÈI
Å•ÝÎI
i̸q
i Ë º t

.1
ÅÍhÍA
Æ Ð g Ð A

.2
SZI
T ` L

.3
ÑÝu
Ñ A ¾ x

.4
jθÍg
i Ð º Ð g

.5



LAMPIRAN 2 : Contoh  Soalan  bagi  aktiviti 2


˜ÌJ¿BmjI ÆÕBVÍA
ÐAj†jI ÆÕBVÍA
ÌÍÝ¿ pBÈI
Å•ÝÎI



.1



.2



.3



.4



.5





 LAMPIRAN 3 : Contoh jawapan bagi aktiviti 2


˜ÌJ¿BmjI ÆÕBVÍA
ÐAj†jI ÆÕBVÍA
ÌÍÝ¿ pBÈI
Å•ÝÎI
i̸q
i Ë º t

.1
ÅÍhÍA
Æ Ð g Ð A

.2
SZI
T ` L

.3
ÑÝu
Ñ A ¾ x

.4
jθÍg
i Ð º Ð g

.5


LAMPIRAN 4: Contoh aktiviti 1 (Tasmik)


ÅmÌMÌŒ·
Á»Ae ÆÕBVÍA
ÌÍÝ¿ pBÈI
²ËjY  ÅÍAj†

ÅÀVÄΊ ÆÕBMB·jŠ
Lj§ pBÈI
Å•ÝÎI
½™B™
 p̻̻

i Ë º t
i̸q
.1



Æ Ð g Ð A
ÅÍhÍA
.2



T ` L
SZI
.3



Ñ A ¾ x
ÑÝu
.4



i Ð º Ð g
jθÍg
.5


    Ditasmik oleh :                                              Ditasmik oleh :                                      Ditasmik oleh :           


……………………                                       ……………………                                ……………………
(                            )                                        (                                                         (                            )

Ditandatangani oleh ibu/bapa                    Ditandatangani oleh rakan                    Ditandatangani oleh guru







1 comment:

  1. Kakak..mohon share ye..amat berguna..tq :)
    kajian ini diterbitkan ke x ye kak?

    ReplyDelete