Sunday, 4 December 2011

RPH Jawi Tahun 3

Matapelajaran              : Pelajaran Jawi

Kelas                           : 3 Bestari

Bilangan Murid             : 18 orang

Tarikh                          : 2 November 2011
           
Hari                             : Jumaat

Masa                            : 10.30-11.00 pagi

Tajuk                           : Perkataan pinjaman bahasa Arab.

Hasil Pembelajaran        : Diakhir P&P murid akan dapat ,
i)                    menyebut huruf –huruf jawi yang terdapat pada perkataan pinjaman Bahasa  Arab  yang bersambung dengan baik .
ii)                  Membunyikan perkataan –perkataan pinjaman Bahasa Arab dengan betul.
iii)                 Mengklasifikasikan perkataan-perkataan pinjaman Bahasa Arab dan bukan  pinjaman Bahasa Arab dengan betul.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :

i)                    Set induksi

ii)                  Aktiviti : Bersoal jawab, penggunaan alat bantu, penggunaan papan putih,pengukuhan, latih tubi, gerak kerja bertulis

iii)                Penutup : Menyambung huruf-huruf dan menyebut  perkataan pinjaman yang dipamerkan.

Nilai                             : Tekun, rajin, menepati masa dan bekerjasama.

KBKK                         : Menyambung huruf menjadi perkataan pinjaman bahasa Arab.
                                    : Membulatkan perkataan pinjaman melalui teks cerita.

Pengetahuan sedia ada   : Murid telah mempelajari perkataan pinjaman Bahasa Inggeris. 



Pelaksanaan P&P         :  Mikropengajaran


Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Aktiviti 1
Set Induksi
(5 minit)

-          Guru dan murid bersoal jawab mengenai gambar yang dipamerkan oleh guru.
-          Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk .
-          Guru menyediakan beberapa contoh perkataan pinjaman bahasa Arab.

Nilai : bekerjasama dan tekun.



Penerangan Pelaksanaan P&P : Makropengajaran


Masa
Pelaksanaan aktiviti
Set Induksi
(5 minit)
-          Guru mempamerkan gambar orang Arab dan bersoaljawab dengan murid .
-          Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran
-          Murid memberikan contoh perkataan pinjaman bahasa Arab yang biasa mereka gunakan.
Langkah 1
(10 minit)
-          Guru mengedarkan teks cerita kepada murid dan meminta murid membaca secara kelas.
-          Murid diminta membulatkan perkataan pinjaman bahasa Arab yang mereka dapati pada teks cerita.
Langkah 2
(10 minit)
-          Murid menyebut perkataan pinjaman yang telah dibulatkan pada teks dan guru menulis perkataan tersebut di papan putih.
-          Murid dilatih tubi mengeja dan menyebut perkataan pinjaman bahasa Arab yang telah dibulatkan.
-          Murid menulis perkataan –perkataan pinjaman bahasa Arab di dalam buku latihan.

Penutup
(5 minit)
-          Guru meminta murid menyebut dan mengeja perkataan-perkataan pinjaman yang telah dipelajari 
-          Guru mempamerkan perkataan-perkataan pinjaman .


.

No comments:

Post a Comment